Projek Diari Aisyah
Assalamualaikum! Apa khabar semua? Moga-moga sihat belaka. Kak Idah alhamdulillah sihat..
Sudah lama tidak menulis coretan di sini...Kak Idah sibuk sedikit sehingga tidak sempat hendak membuka blog sendiri. Kak Idah sedang usahakan mengumpul maklumat dan idea untuk projek terbaru.
Selain sedang menulis untuk siri Young Aisyah yang seterusnya, Kak Idah ada juga sedang mengumpul maklumat untuk projek Diari Aisyah...haaah! Nantikan kemunculan Diari Aisyah di pasaran nanti...Mungkin akan keluar hujung tahun ini. Nanti bolehlah adik-adik jadikan sebagai koleksi peribadi...
Adik-adik kiranya seorang yang bertuah kerana boleh membeli dan mengumpul buku dengan banyak. Masa zaman Kak Idah sekolah rendah dulu..membaca buku hanya di perpustakaan...jangan mimpi untuk membeli dan menyimpan di rumah. Sebabnya, Kak Idah bukannya ada duit. Belanja sekolah pun kadang-kadang ada, dan tiada langsung kerana adik-beradik ramai dan keluarga Kak Idah bukan orang senang.
Jadi, bagi adik-adik yang berduit..gunakanlah dengan cara berfaedah. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Jangan membazir. Membeli barang yang berguna seperti buku. Kerana ilmu yang ada di dalam buku itu tidak akan lapuk. Adik boleh menyimpannya sehingga adik dewasa. Malah adik boleh membacanya berkali-kali.
Maaflah kiranya Kak Idah merepek-repek pula..Hehehe, jangan marah!
Bagi adik yang sudah mengumpul siri Young Aisyah Sofia, Kak Idah ucapkan tahniah dan simpanlah novel itu dengan baik.
Bagi adik yang bermasalah hendak membeli novel Young Aisyah bersabar..kumpul duit sedikit demi sedikit...InsyaAllah berkat duit adik nanti. Ikhlas dalam membeli sudah tentu diberkati Allah. Jangan bimbang..novel Young Aisyah akan sentiasa ada di pasaran.
Adik-adik yang sudah ada koleksi buku yang banyak, apa kata kalau boleh buat mini perpustakaan di rumah. Susun dengan baik. Sudah tentu ibu bapa adik bangga dan tidak mustahil mereka akan belikan adik buku lagi!
Kak Idah pun ada mini perpustakaan di rumah...Entah berapa jumlah buku yang Kak Idah ada, pun tidak tahu. Tiada masa hendak mengira jumlahnya..tetapi sudah hampir 15 tahun perpustakaan itu wujud di rumah yang kecil ini.
Kita boleh jadikan buku itu sebagai rujukan masa akan datang apabila kita perlukan.
Baiklah adik-adik sampai di sini coretan Kak Idah. Ada masa kita jumpa lagi di ruang maya ini. Salam manis dari Kak Idah. Sayang semua!