Tuesday, December 28, 2010






















Kenangan di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.





Jumaat lalu Kak Idah dan Abang Reja berada di booth PTS untuk memeriahkan pertandingan melukis belon dan teka buku. Meriahnya kerana ramai kawan-kawan lelaki yang mengambil bahagian. Mereka memberikan kerjasama yang baik. Dapat melukis dengan baik hasil bimbingan abang Reja. Dan juga mereka dapat meneka judul novel Young Aisyah dengan tepat. Tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat hadiah istimewa dari PTS Islamika.





Dan buat julung-julung kalinya, kemunculan Aisyah Sofia yang comel. Sayang kepada kawan-kawan yang tidak hadir. Riuh sebentar sudut aktiviti di booth PTS. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Monday, December 6, 2010

Kak Idah dan Abang Reja di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.

Assalamualaikum adik-adik semua! Apa khabar? Semoga adik-adik berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang percutian sekolah yang panjang ini. Kak Idah doakan semoga adik-adik berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Adik-adik, apa kata adik-adik mengajak ibu ayah untuk menjenguk pameran buku kanak-kanak yang akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pesta buku kanak-kanak Kuala Lumpur akan bermula dari 22 Disember hingga 26 Disember 2010.

Kak Idah dan Abang Reja dijemput untuk memeriahkan gerai PTS pada Jumaat (duapuluh empat haribulan) bermula dari jam empat petang hingga enam petang. Ada aktiviti melukis belon oleh Abang Reja dan Kak Idah pula kendalikan meneka buku.

Adik-adik jangan ketinggalan untuk memeriahkan program bersama Kak Idah dan Abang Reja. Ada hadiah yang menarik menunggu adik-adik!

Baiklah, sampai di sini...Kak Idah jumpa adik-adik di PWTC nanti!

Salam sayang untuk semua!
Kulit terbaru Young Aisyah ke 8: Operasi 3K