Thursday, December 17, 2009

Apa Azam di Tahun Baru Islam?

Selamat Menyambut Tahun Baru Islam atau Salam Maal Hijrah. Adik-adik tahukah bahawa sebagai Islam kita perlu menghayati apa yang berlaku dalam peristiwa hijrah. Tentu adik-adik ada belajar sejarah atau sirah hidup Nabi Muhammad SAW. Kak Idah tidak mahu menyentuh tentangnya, adik-adik semak semula buku tentang perjalanan hidup nabi kita.

Apakah azam adik-adik? Sudah tentu adik-adik ada cita-cita atau memang adik tak teringat hendka berazam atau bercita-cita. Betulkah begitu?

Sekurang-kurang, sebagai orang Islam kita hendaklah mempunyai azam untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Azam hendak taat sepenuhnya pada Allah. Berazam menjadi anak soleh/solehah. Taat pada ibu bapa. Azam hendak rajin belajar. Azam hendak rajin membaca buku. Kalau dulu kadang-kadang mengerjakan solat..tetapi tahun ini ingin menjadi umat yang rajin bersolat wajib lima waktu.

Berjanji hendak meninggalkan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Berhasrat hendak melakukan banyak perbuatan baik. Ingin menjadi seorang pemurah dan tidak sombong. Ingin mencari kawan baik yang ramai.

Apakah lagi azam yang boleh kita bina dan lakukan? Apakah dia adik-adik..? Kalau adik ada idea atau ilham boleh beri pandangan pada Kak Idah..

Wednesday, December 9, 2009

Siri Young Aisyah semakin diminati

Alhamdulillah, siri Young Aisyah mendapat tempat di hati pembaca. Kini, siri itu menjadi pilihan pembaca yang tinggal di sekitar Alamanda, Puterajaya. Berikut adalah senarai top 20 dari MPH, Alamanda, Puterajaya. Ini di petik dari laman web http://universitipts.com/

TOP 20 Sastera Remaja di MPH Alamanda Putra Jaya Bulan November 2009
1. Sejak Bila Kami Berkawan?
2. Sarah dan senduk
3. Young Aisyah: Ponteng Puasa
4. Gadis Lolipop
5. Aku, Dia & Coklat
6. Dunia Jam 10
7. Usahawan Cilik: Puteri Kristal
8. Usahawan Cilik: Mufin Manja
9. Young Aisyah: Sayang Cikgu
10. Buletin Sri Bangsar - Kini Berwajah Baru
11. Young Aisyah: Buli
12. Young Aisyah: Juara Kampung
13. Aku Mahu Teman Tapi Mesra
14. Aku Mahu ke New York 2
15. Hai Suria!
16. Tak Bisa Memilihmu
17. Impiana 2
18. Harta itu Aku Punya!
19. Tempat Pertama?
20. Muaz & Haikal: Along Hilang

Tuesday, December 1, 2009




Siri Young Aisyah yang ke 6 akan Terbit






Alhamdulillah, Kak Idah sudahpun melakukan kerja menyemak semula manuskrip Young Aisyah yang ke 6 dari segi ejaan, susun atur dan sebagainya.. Telah Kak Idah serahkan kembali kepada editor.



Insya-Allah sekiranya tiada masalah, Cuti Sekolah akan bertemu dengan adik-adik pada hujung minggu ini..Nantikan Aisyah Sofia dan rakan-rakan di kedai-kedai buku yang berhampiran.





Di sini disertakan gambar kulit siri baru itu...