Apa Azam di Tahun Baru Islam?
Selamat Menyambut Tahun Baru Islam atau Salam Maal Hijrah. Adik-adik tahukah bahawa sebagai Islam kita perlu menghayati apa yang berlaku dalam peristiwa hijrah. Tentu adik-adik ada belajar sejarah atau sirah hidup Nabi Muhammad SAW. Kak Idah tidak mahu menyentuh tentangnya, adik-adik semak semula buku tentang perjalanan hidup nabi kita.
Apakah azam adik-adik? Sudah tentu adik-adik ada cita-cita atau memang adik tak teringat hendka berazam atau bercita-cita. Betulkah begitu?
Sekurang-kurang, sebagai orang Islam kita hendaklah mempunyai azam untuk mencapai kejayaan di dunia dan di akhirat. Azam hendak taat sepenuhnya pada Allah. Berazam menjadi anak soleh/solehah. Taat pada ibu bapa. Azam hendak rajin belajar. Azam hendak rajin membaca buku. Kalau dulu kadang-kadang mengerjakan solat..tetapi tahun ini ingin menjadi umat yang rajin bersolat wajib lima waktu.
Berjanji hendak meninggalkan perbuatan yang tidak mendatangkan faedah. Berhasrat hendak melakukan banyak perbuatan baik. Ingin menjadi seorang pemurah dan tidak sombong. Ingin mencari kawan baik yang ramai.
Apakah lagi azam yang boleh kita bina dan lakukan? Apakah dia adik-adik..? Kalau adik ada idea atau ilham boleh beri pandangan pada Kak Idah..
No comments:
Post a Comment