Assalamualaikum dan apa khabar? Minta maaf banyak-banyak.
Sudah lama tidak memeriahkan blog ini dengan cerita-cerita baru. Maaf ya
adik-adik yang setia membaca blog ini. Emm… Kak Idah agak sedikit sibuk sejak
kebelakangan ini. Dan untuk selalu memasukkan cerita di blog ini memang impian
Kak Idah. Kalau boleh setiap hari. Tapi, masalah teknologi juga menghalang
usaha Kak Idah itu, maklumlah internet..adakalanya laju macam petir dan
adakalanya lembab macam siput. Apabila sudah siap menulis, bila hendak disiarkan..tidak
boleh. Akhirnya, Kak Idah pun macam putus semangat. Sabar sajalah…
Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan April. Jadi
seperti biasa, apakah peristiwa yang berlaku pada bulan April? Terutamanya bagi
yang suka membaca buku seperti Kak Idah dan adik-adik? Cuba teka? Cuba teka?
Hah, ya!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC,
Kuala Lumpur. Seronokkan! Bagaikan tidak sabar hendak menanti hari itu.
Adik-adik semua sudah bersedia? Sudah menyiapkan wang untuk membeli buku-buku
yang diminati? Ya, sama-samalah kita meriahkan pesta buku yang hanya datang
setahun sekali secara besar-besaran. Cintai ilmu, cintai buku dan budayakan
hidup dengan banyak membaca buku. Bolehkah adik-adik?
Fesyen Aisyah akan temui adik-adik
Kita hidup mesti berpakaian, betul atau tidak? Hehehe…kali
ini Siri Young Aisyah akan memaparkan fesyen Aisyah. Aisyah Sofia juga suka
berfesyen. Tapi fesyen yang macam mana? Adakah yang blink-blink, yang cantik,
yang glamor atau asalkan baju..hehehe. Nantikan kemunculan Aisyah Sofia yang
bergaya dengan fesyen yang mengikut syariat Islam. Adik tahukah apakah yang
menutup aurat? Bukan menutup urat….nantikan kemunculannya DI PASARAN DALAM
BULAN APRIL INI!
Okaylah, itu sahaja celoteh Kak Idah. Jumpa lagi dilain entri.
Salam sayang,
Kak Idah.