Thursday, November 11, 2010



Kulit depan Operasi 3K dan Catatan Aktiviti Aisyah




Assalamualaikum, adik-adik apa khabar? Moga-moga adik-adik semua sihat belaka. Bagi adik-adik yang berjaya dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini, Kak Idah ucapkan tahniah. Dan tidak lama lagi, adik-adik sudah mula cuti sekolah yang panjang. Tentu seronokkan? Adakah adik-adik sudah merancang apa yang hendak dibuat sepanjang percutian sekolah nanti?




Apa kata, Kak Idah cadangkan adik-adik baca novel untuk mengisi masa lapang. Untuk pengetahuan adik-adik, alhamdulillah, dua buku Kak Idah bakal menemui adik-adik semua. Di sini, Kak Idah paparkan dua kulit buku yang bakal menceriakan adik-adik. Apa pandangan adik-adik?

Sunday, October 17, 2010

Catatan Aktiviti Aisyah dan Operasi 3K

Assalamualaikum adik-adik, apa khabar? Kak Idah, alhamdulillah sihat. Dan yang gembiranya, Kak idah sudahpun menyiapkan manuskrip siri Young Aisyah ke 8 dan juga Catatan Aktiviti Aisyah...Alhamdulillah!

Kak Idah minta maaflah kerana lambat untuk mengeluarkan cerita baru di teratak ini. Apa pun, adik-adik tunggulah dengan sabar ya, akan siri Young Aisyah yang terbaru dan juga buku terbaru Kak Idah..

Mungkin akan bertemu adik-adik di pasaran dalam bulan Disember...

Dalam Catatan Aktiviti Aisyah..banyak perkara yang Kak Idah tulis..pelbagai, ada cerita, puisi, cerita pendek, zikir, doa-doa harian, petikan ayat al-Quran dan Hadis untuk menjadi renungan kita bersama...dan banyak lagi....jangan adik-adik lepas untuk memilikinya..

Sementara, siri ke 8 Young Aisyah, yang bertajuk "Operasi 3K". Apakah itu 3K? Adik-adik carilah jawapannya dalam siri terbaru nanti.

Sampai bertemu lagi, dilain cerita..

Salam sayang dari,
Kak Idah

Monday, September 20, 2010



Salam Idulfitri, maaf zahir batin


Assalamualaikum, apa khabar adik-adik dan pengunjung blog ini? Moga-moga sihat belaka. Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak memuatkan cerita baru. Bulan Ramadan yang lalu, Kak Idah berehat dari menjenguk internet dan menulis blog.


Apapun, Kak Idah yakin, adik-adik puasa penuh bulan Ramadan yang lalu. Kini sudah tentu adik-adik sudahpun mula bersekolah..dan sibuk mengira duit raya! Duit raya yang banyak, jangan dibelanja tidak tanpa haluan. Apa kata, adik simpan atau beli novel Young Aisyah yang akan keluar dalam masa terdekat ini.


Adik-adik mungkin tidak mengetahui, yang Kak Idah ada juga siri buku yang lain. Antaranya, Bahtera Nabi Nuh dan 10 sahabat dijamin masuk syurga. Apa kata, adik-adik jenguk di kedai buku untuk mendapatkannya!


Rasanya sampai di sini, nanti kita jumpa lagi dengan cerita Kak Idah yang terbaru.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadan untuk semua!


Assalamualaikum, adik-adik semua. Terlebih dahulu Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak menulis apa-apa di teratak ini. Jangan marah, tau! Sempena bulan mulia ini, Kak Idah mengucapkan selamat berpuasa dan semoga adik-adik tabah menjalani ibadah puasa tahun ini.


Sekiranya, adik-adik terasa bosan, banyaklah membaca al-Quran, berzikir dan paling ringan bacalah novel Young Aisyah, siri Ponteng Puasa..he..he..he.. Dan dibulan ini jangan pula asyik hendak tidur atau main game...kurang pahala nanti. Apa kata, adik-adik ringankan tangan untuk membantu emak di rumah seperti tolong masak untuk berbuka puasakah, mengemas rumahkah, menjaga adikkah...dan apa sahaja yang boleh membuatkan adik meraih pahala yang berganda..sudah tentu Allah sayangkan kita. Betul atau tidak?


Kak Idah sebenarnya banyak yang hendak ditulis..tapi apakan daya..tiada upaya! Nanti sekiranya ada masa terluang Kak Idah coretkan lagi, ya... Sehingga jumpa lagi....jangan ponteng puasa!


Salam Sayang untuk Semua!

Monday, June 21, 2010

Kak Idah di program Hujung Minggu @ PTS


Assalamualaikum semua! Apa khabar adik-adik? Harap-harap semuanya sihat setelah dua minggu berehat di rumah. Jangan pula adik-adik tidak bersemangat hendak bersekolah. Menuntut ilmu itu dituntut oleh agama kita. Jadi, niat kita menuntut ilmu kerana Allah supaya segala yang kita belajar mendapat berkat.


Sudah lama Kak Idah tidak menulis di sini. Maaflah Kak Idah pohon sekiranya ada adik-adik yang menanti berita baru dari Kak Idah.


Hujung minggu ini iaitu pada 26 Jun, jam 10.30 pagi, Kak Idah akan berada di pejabat PTS kerana ada sesi bertemu peminat di sana. Bagi adik-adik yang tinggal berdekatan dengan kawasan Batu Caves, Kuala Lumpur, sudi-sudikanlah singgah di PTS kerana ada jualan gudang dengan harga potongan buku yang menarik!


Kak Idah sampai di sini yang sempat ditulis. Kita jumpa lagi, ya!

Salam sayang buat semua! Wassalam.

Friday, May 28, 2010

Siri Young Aisyah versi Indonesia sudah terbit

Pindah Rumah Buli
Alhamdulillah, versi Indonesia untuk siri Young Aisyah sudah terbit. Maklumat ini Kak Idah lihat sendiri di laman web Gramedia. Tidak pastilah bila agaknya novel itu diterbitkan. Apa yang penting, Aisyah dan gengnya sudah mula berkenalan dengan pembaca dari seberang.
Semoga, siri itu mendapat sambutan yang baik. Insya-Allah!
Siri Pindah Rumah, kulit depannya bertukar sementara Siri Buli pula ditukar tajuknya kepada Sekolah Baru.

Thursday, April 15, 2010

Projek Diari Aisyah

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Moga-moga sihat belaka. Kak Idah alhamdulillah sihat..

Sudah lama tidak menulis coretan di sini...Kak Idah sibuk sedikit sehingga tidak sempat hendak membuka blog sendiri. Kak Idah sedang usahakan mengumpul maklumat dan idea untuk projek terbaru.

Selain sedang menulis untuk siri Young Aisyah yang seterusnya, Kak Idah ada juga sedang mengumpul maklumat untuk projek Diari Aisyah...haaah! Nantikan kemunculan Diari Aisyah di pasaran nanti...Mungkin akan keluar hujung tahun ini. Nanti bolehlah adik-adik jadikan sebagai koleksi peribadi...

Adik-adik kiranya seorang yang bertuah kerana boleh membeli dan mengumpul buku dengan banyak. Masa zaman Kak Idah sekolah rendah dulu..membaca buku hanya di perpustakaan...jangan mimpi untuk membeli dan menyimpan di rumah. Sebabnya, Kak Idah bukannya ada duit. Belanja sekolah pun kadang-kadang ada, dan tiada langsung kerana adik-beradik ramai dan keluarga Kak Idah bukan orang senang.

Jadi, bagi adik-adik yang berduit..gunakanlah dengan cara berfaedah. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Jangan membazir. Membeli barang yang berguna seperti buku. Kerana ilmu yang ada di dalam buku itu tidak akan lapuk. Adik boleh menyimpannya sehingga adik dewasa. Malah adik boleh membacanya berkali-kali.

Maaflah kiranya Kak Idah merepek-repek pula..Hehehe, jangan marah!

Bagi adik yang sudah mengumpul siri Young Aisyah Sofia, Kak Idah ucapkan tahniah dan simpanlah novel itu dengan baik.

Bagi adik yang bermasalah hendak membeli novel Young Aisyah bersabar..kumpul duit sedikit demi sedikit...InsyaAllah berkat duit adik nanti. Ikhlas dalam membeli sudah tentu diberkati Allah. Jangan bimbang..novel Young Aisyah akan sentiasa ada di pasaran.

Adik-adik yang sudah ada koleksi buku yang banyak, apa kata kalau boleh buat mini perpustakaan di rumah. Susun dengan baik. Sudah tentu ibu bapa adik bangga dan tidak mustahil mereka akan belikan adik buku lagi!

Kak Idah pun ada mini perpustakaan di rumah...Entah berapa jumlah buku yang Kak Idah ada, pun tidak tahu. Tiada masa hendak mengira jumlahnya..tetapi sudah hampir 15 tahun perpustakaan itu wujud di rumah yang kecil ini.

Kita boleh jadikan buku itu sebagai rujukan masa akan datang apabila kita perlukan.

Baiklah adik-adik sampai di sini coretan Kak Idah. Ada masa kita jumpa lagi di ruang maya ini. Salam manis dari Kak Idah. Sayang semua!