Wednesday, January 1, 2014






Mohon Kemaafan


Bismillah.

Assalamualaikum, dan salam sejahtera,

Apa khabar semua? Semoga semua pembaca setia blog ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Sudah lama, Kak Idah tidak mencatatkan apa-apa dalam blog ini. Dari itu, Kak Idah memohon maaf atas kelalaian, kelemahan, kemalasan yang selama ini melanda diri Kak Idah. Bukan tidak mahu menulis di blog ini, tetapi masa itu cukup cemburu. Kak Idah tidak menang tangan. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Namun itu mungkin tidak boleh dijadikan alasan kan?

Baiklah, sekali lagi, Kak Idah memohon maaf. Doakan Kak Idah yang lemah ini agar cergas dan kembali ceria memeriahkan blog ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini, amin!

Alhamdulillah, Kak Idah menerima email dari pembaca (mungkin) yang menegur Kak Idah, mengapa tidak meletakkan gambar-gambar novel Young Aisyah. Tersentak sebentar hati ini. Ya Allah, sudah lama aku tidak menjenguk blog ini. Rabbi Yaseer Wala Tuasser, moga Kak Idah diberi kemudahan oleh Allah untuk terus berkarya dan menulis sesuatu yang bermanfaat di blog ini.

Mungkin tulisan ini satu pencetus semangat Kak Idah untuk terus menulis di blog ini dan tidak meninggalkan blog ini menjadi pusara, hehehe...maafkanlah Kak Idah.

Sesungguhnya, memang banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 lalu. Siri Young Aisyah, Alhamdulillah mendapat sambutan yang diluar jangkaan Kak Idah. Terima kasih semua pembaca setia siri ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua yang memberi sokongan pada siri ini.

Rasanya, ini sahaja catatan kali ini. Insya-Allah akan bersambung dilain titipan. Sabarlah, ya.


No comments:

Post a Comment