Tuesday, December 28, 2010






















Kenangan di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.





Jumaat lalu Kak Idah dan Abang Reja berada di booth PTS untuk memeriahkan pertandingan melukis belon dan teka buku. Meriahnya kerana ramai kawan-kawan lelaki yang mengambil bahagian. Mereka memberikan kerjasama yang baik. Dapat melukis dengan baik hasil bimbingan abang Reja. Dan juga mereka dapat meneka judul novel Young Aisyah dengan tepat. Tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat hadiah istimewa dari PTS Islamika.





Dan buat julung-julung kalinya, kemunculan Aisyah Sofia yang comel. Sayang kepada kawan-kawan yang tidak hadir. Riuh sebentar sudut aktiviti di booth PTS. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Monday, December 6, 2010

Kak Idah dan Abang Reja di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.

Assalamualaikum adik-adik semua! Apa khabar? Semoga adik-adik berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang percutian sekolah yang panjang ini. Kak Idah doakan semoga adik-adik berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Adik-adik, apa kata adik-adik mengajak ibu ayah untuk menjenguk pameran buku kanak-kanak yang akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pesta buku kanak-kanak Kuala Lumpur akan bermula dari 22 Disember hingga 26 Disember 2010.

Kak Idah dan Abang Reja dijemput untuk memeriahkan gerai PTS pada Jumaat (duapuluh empat haribulan) bermula dari jam empat petang hingga enam petang. Ada aktiviti melukis belon oleh Abang Reja dan Kak Idah pula kendalikan meneka buku.

Adik-adik jangan ketinggalan untuk memeriahkan program bersama Kak Idah dan Abang Reja. Ada hadiah yang menarik menunggu adik-adik!

Baiklah, sampai di sini...Kak Idah jumpa adik-adik di PWTC nanti!

Salam sayang untuk semua!
Kulit terbaru Young Aisyah ke 8: Operasi 3K

Thursday, November 11, 2010



Kulit depan Operasi 3K dan Catatan Aktiviti Aisyah




Assalamualaikum, adik-adik apa khabar? Moga-moga adik-adik semua sihat belaka. Bagi adik-adik yang berjaya dalam peperiksaan UPSR baru-baru ini, Kak Idah ucapkan tahniah. Dan tidak lama lagi, adik-adik sudah mula cuti sekolah yang panjang. Tentu seronokkan? Adakah adik-adik sudah merancang apa yang hendak dibuat sepanjang percutian sekolah nanti?




Apa kata, Kak Idah cadangkan adik-adik baca novel untuk mengisi masa lapang. Untuk pengetahuan adik-adik, alhamdulillah, dua buku Kak Idah bakal menemui adik-adik semua. Di sini, Kak Idah paparkan dua kulit buku yang bakal menceriakan adik-adik. Apa pandangan adik-adik?

Sunday, October 17, 2010

Catatan Aktiviti Aisyah dan Operasi 3K

Assalamualaikum adik-adik, apa khabar? Kak Idah, alhamdulillah sihat. Dan yang gembiranya, Kak idah sudahpun menyiapkan manuskrip siri Young Aisyah ke 8 dan juga Catatan Aktiviti Aisyah...Alhamdulillah!

Kak Idah minta maaflah kerana lambat untuk mengeluarkan cerita baru di teratak ini. Apa pun, adik-adik tunggulah dengan sabar ya, akan siri Young Aisyah yang terbaru dan juga buku terbaru Kak Idah..

Mungkin akan bertemu adik-adik di pasaran dalam bulan Disember...

Dalam Catatan Aktiviti Aisyah..banyak perkara yang Kak Idah tulis..pelbagai, ada cerita, puisi, cerita pendek, zikir, doa-doa harian, petikan ayat al-Quran dan Hadis untuk menjadi renungan kita bersama...dan banyak lagi....jangan adik-adik lepas untuk memilikinya..

Sementara, siri ke 8 Young Aisyah, yang bertajuk "Operasi 3K". Apakah itu 3K? Adik-adik carilah jawapannya dalam siri terbaru nanti.

Sampai bertemu lagi, dilain cerita..

Salam sayang dari,
Kak Idah

Monday, September 20, 2010



Salam Idulfitri, maaf zahir batin


Assalamualaikum, apa khabar adik-adik dan pengunjung blog ini? Moga-moga sihat belaka. Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak memuatkan cerita baru. Bulan Ramadan yang lalu, Kak Idah berehat dari menjenguk internet dan menulis blog.


Apapun, Kak Idah yakin, adik-adik puasa penuh bulan Ramadan yang lalu. Kini sudah tentu adik-adik sudahpun mula bersekolah..dan sibuk mengira duit raya! Duit raya yang banyak, jangan dibelanja tidak tanpa haluan. Apa kata, adik simpan atau beli novel Young Aisyah yang akan keluar dalam masa terdekat ini.


Adik-adik mungkin tidak mengetahui, yang Kak Idah ada juga siri buku yang lain. Antaranya, Bahtera Nabi Nuh dan 10 sahabat dijamin masuk syurga. Apa kata, adik-adik jenguk di kedai buku untuk mendapatkannya!


Rasanya sampai di sini, nanti kita jumpa lagi dengan cerita Kak Idah yang terbaru.


Selamat Hari Raya, Maaf Zahir dan Batin.


Sunday, August 15, 2010

Salam Ramadan untuk semua!


Assalamualaikum, adik-adik semua. Terlebih dahulu Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak menulis apa-apa di teratak ini. Jangan marah, tau! Sempena bulan mulia ini, Kak Idah mengucapkan selamat berpuasa dan semoga adik-adik tabah menjalani ibadah puasa tahun ini.


Sekiranya, adik-adik terasa bosan, banyaklah membaca al-Quran, berzikir dan paling ringan bacalah novel Young Aisyah, siri Ponteng Puasa..he..he..he.. Dan dibulan ini jangan pula asyik hendak tidur atau main game...kurang pahala nanti. Apa kata, adik-adik ringankan tangan untuk membantu emak di rumah seperti tolong masak untuk berbuka puasakah, mengemas rumahkah, menjaga adikkah...dan apa sahaja yang boleh membuatkan adik meraih pahala yang berganda..sudah tentu Allah sayangkan kita. Betul atau tidak?


Kak Idah sebenarnya banyak yang hendak ditulis..tapi apakan daya..tiada upaya! Nanti sekiranya ada masa terluang Kak Idah coretkan lagi, ya... Sehingga jumpa lagi....jangan ponteng puasa!


Salam Sayang untuk Semua!