Monday, March 1, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kuiz Young Aisyah

Assalamualaikum! Apa khabar adik-adik? Kak Idah minta maaflah kerana lama tidak menulis di blog ini. Ada sahaja halangan, tetapi hari ini alhamdulillah Kak Idah dapat melakarkan tulisan.

Tidak lama lagi, adik-adik semua akan bercuti..emm! Cuti lagi. Apa yang adik hendak buat. Meskipun bercuti, buku-buku jangan dilupa. Oh! Bercakap tentang buku...tidak lama lagi akan berlangsung satu pesta buku besar-besaran di Kuala Lumpur. Yang Kak Idah maksudkan adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula dari 19 Mac hingga 28 Mac.

Kak Idah hendak tanya, siapa di antara adik-adik yang pernah ke pesta buku itu? Bagi yang pernah, sudah tentu tidak melupakan apa yang sudah dibeli. Kali ini, Kak Idah sudah tentu banyak gerai dan penerbit buku..jadi jangan ketinggalan untuk berkunjung ke sana nanti.

Sempena pesta buku, Kak Idah dan Abang Reja telah dijemput oleh penerbit untuk bertemu dengan adik-adik. Temujanji kita pada 20 Mac, jam 12.00 hingga 2.00 petang.

Kuiz Young Aisyah

Ada dua sesi...satu sesi kuiz dan satu lagi sesi beramah mesra. Bagi adik-adik yang hendak sertai kuiz datanglah awal-awal..takut tidak dapat sertai nanti...20 Mac itu hari Sabtu..Kak Idah rasa mesti ramai orang.

Bagi adik-adik yang sudah mengumpul siri Young Aisyah..jangan lupa baca sekali lagi...nanti soalan kuiz berkisar dalam siri itu...Kalau dapat jawab dengan tepat, ada hadiah yang menanti! Jangan lepaskan peluang ini!!!

No comments:

Post a Comment