Wednesday, January 12, 2011

Operasi 3K sudah berada di kedai-kedai buku. Segera dapatkannya!


Assalamualaikum adik-adik! Apa khabar? Semoga sihat-sihat belaka. Selamat bersekolah kepada adik-adik semua yang sudah memasuki dua minggu bersekolah. Bagaimana, penatkah? Yalah sudah lama adik bercuti panjang, kini kenalah mula membuka buku dan menelaah pelajaran. Rajin-rajinkan diri adik untuk belajar supaya menjadi murid yang bijak, soleh-solehah, beriman dan bertakwa pada Allah, amin!


Adik-adik, novel Kak Idah dalam siri Young Aisyah yang terbaru sudahpun berada di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan rumah adik. Alhamdulillah. Cepat-cepatlah dapatkan novel itu di kedai-kedai. Dan luangkan membaca novel OPERASI 3K semasa masa lapang...bukan dalam kelas tau!


Salam sayang dari

Kak Idah.


SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MEMBACA NOVEL!

3 comments:

  1. kak kalau nk beli kat akak boleh ke post kan???

    ReplyDelete
  2. Adik tinggal di mana? Maaflah Kak Idah tidak jual buku. Tapi adik boleh dapatkanya di kedai buku MPH yang terdekat.

    ReplyDelete
  3. kak idah buku tabung raya dah ade kat pasaran dah ke??

    ReplyDelete