Thursday, April 21, 2011





Catatan Aktiviti Aisyah bakal berada di pasaran!












Assalamualaikum, apa khabar adik-adik semua! Maaflah kerana sudah lama Kak Idah tidak menulis apa-apa pun di sini. Maklumlah sibuk hendak menyiapkan manuskrip siri Young Aisyah yang seterusnya.


Alhamdulillah, siri ke 9, Young Aisyah akan menemui adik-adik tidak lama lagi. Novel ini lebih kepada catatan yang dilakukan oleh Aisyah Sofia sepanjang aktiviti yang dilakukan sama ada seorang diri ataupun bersama dengan geng Aa-Syiknya. Adik-adik jangan ketinggalan mendapatkannya nanti.






Banyak permainan, maklumat, doa-doa dan sebagainya ada dicatatkan. Rajin-rajinlah adik membacanya kerana banyak maklumat yang berguna ada diselitkan. Lukisan dan cerita bergambar juga sudah tentu menarik perhatian adik. Adik-adik lihatlah sendiri dengan memiliki novel ini nanti.






Bersama Kak Idah dan Abang Reja di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di PWTC pada Ahad ini (hari ketiga pesta buku)








Sempena pesta buku nanti, yang bermula 22 April hingga 1 Mei ini..dan pada Ahad (hari ketiga pesta buku), Kak Idah dan Abang Reja akan berada di booth PTS, di Dewan Tun Hussein Onn, dari jam 11 hingga 12 tengahari.


Ada aktiviti dan hadiah menarik kepada adik-adik yang datang lebih awal mendaftar untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan. Ada promosi mengenai Novel Ke 9, siri Young Aisyah Sofia. Apa lagi adik-adik, jangan tunggu lama-lama... jumpa Kak Idah dan Abang Reja di PWTC, Kuala Lumpur nanti! InsyaAllah kita jumpa di sana!

No comments:

Post a Comment