Monday, May 9, 2011





























































Kenangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011










Assalamualaikum, apa khabar semua? Kak Idah harap semuanya sihat-sihat belaka dan semoga Allah merahmati kita semua.


Siapa yang sudah pergi ke pesta buku yang diadakan di PWTC yang lalu, sila angkat tangan! Bagi adik-adik yang pernah pergi ke pesta buku, sudah tentu ada kenangan manis di sana. Berapa banyak buku yang adik-adik beli? Bagi yang membeli novel siri Young Aisyah, jutaan terima kasih Kak Idah ucapkan


Semasa Kak Idah dan Abang Reja di jemput oleh PTS Islamika bagi memeriahkan booths PTS, orang sungguh ramai. Sukar untuk berjalan. Namun yang paling Kak Idah gembira, ramai adik-adik yang datang dengan ibu bapa masing-masing singgah di booth PTS dan tidak lupa membeli novel Young Aisyah.


Pada hari itu juga, siri Young Aisyah yang ke 9, bertajuk,'Catatan Aktiviti Aisyah' dilancarkan. Dan siri itu dijual secara eksklusif pada pesta buku sahaja..kedai buku lain belum ada lagi. Beruntunglah adik-adik yang menjadi pembeli terawal membeli novel itu. Terima kasih dan tahniah.


Ada yang membeli siri terbaru sahaja kerana siri yang lain sudah dimiliki. Ada yang membeli dua buah dan juga ada sehingga lima buah. Alhamdulillah, terima kasih adik-adik dan juga para ibu bapa yang memberi sokongan membeli novel Young Aisyah. Lenguh juga tangan Kak Idah untuk menitip tangantangan di buku..maaflah kalau tulisan Kak Idah sudah seperti cacing kerawit. Maklumlah, selama ini Kak Idah banyak menaip dari menulis...Kak Idah bercadang hendak membuat cop sendiri dan hanya tandatangan sahaja..hehehe..


Bagi adik-adik yang banyak membeli buku..selamat membaca buku!


Sehingga berjumpa lagi,


Salam sayang dari,


Kak Idah.











Tuan Haji Faris Hasbullah, pencetus idea Siri Young Aisyah.
















No comments:

Post a Comment