Tuesday, November 3, 2009





4 Siri Young Aisyah Sofia akan dilesenkan dan diterbitkan di Indonesia






Kak Idah bersyukur ke hadrat Ilahi kerana siri Young Aisyah Sofia bakal memeriahkan dunia buku di Indonesia. Ini dinyatakan oleh editor PTS Islamika yang menyampaikan berita ini kepada Kak Idah. Alhamdulillah

Kak Idah tidak pastilah, mengapa pihak penerbit buku gergasi, Gramedia berminat untuk melesenkan buku ini. Menurut cerita editor, Cik Assyura, pada mulanya pihak Gramedia mengambil contoh buku itu dan menyatakan secara lisan yang mereka berminat untuk melesenkan novel itu. Itu usaha yang dilakukan oleh editor kanan, En.Imran yang berkunjung ke Indonesia. Kemudian diikuti pula oleh Cik Assyura yang berkunjung ke sana dan bertanyakan khabar tentang novel itu. Menurut cerita Cik Assyura, pihak Gramedia memang berminat. Dan yang Kak Idah rasa terharu sekali, pihak Gramedia menyatakan yang novel itu menarik dan ada unsur lawak...Mereka membaca sambil ketawa...Betulkah lawak? Entahlah...agaknya...sebab novel itu juga ada lukisan kartun yang menarik...


Dalam minggu ini, sekali lagi delegasi PTS Publications akan menyertai pesta buku di sana. Dan wakil dari PTS Islamika, Pengurusnya, Tuan Faris Hasbullah akan membawa cd novel siri Young Aisyah untuk diserahkan kepada pihak Gramedia. Setakat ini, buku yang sudah dipersetujui untuk dilesenkan ialah, Pindah Rumah, Buli, Juara Kampung Badak Berendam dan Sayang Cikgu.


Apa-apapun, alhamdulillah sekali lagi... Kak Idah mengucapkan ribuan terima kasih kepada pasukan hebat PTS Islamika yang sentiasa memberi dorongan kepada Kak Idah untuk terus menulis..insya-Allah Kak Idah akan perjuangkan. Tabiat menulis itu sudah sebati dengan diri Kak Idah ini. Kalau tidak menulis sehari..rasa semacam pula diri ini...

No comments:

Post a Comment