Aidil Adha, cuti sekolah dan siri terbaru Young Aisyah akan muncul!
Assalamualaikum, apa khabar adik-adik? Cuti sekolah sudah pun bermula hari ini di Pantai Timur dan hari terakhir bagi yang tinggal di Pantai Barat. Sekejap sahaja masa berlalu, dan kita bakal memasuki bulan terakhir dalam kalendar masihi, Disember.
Minggu hadapan, bagi umat Islam pula akan menyambut Hari Raya Korban atau Hari Raya Aidil Adha. Macam mana persiapan adik? Sudah tentu seronok, kerana nanti kita akan dapat melihat upacara korban binatang yang paling popular ketika itu, iaitu lembu, kerbau dan kambing. Di sini ada unta...kalau kita import...unta juga bakal dikorbankan...
Apa yang adik faham dengan erti korban pada hari raya Aidil Adha....Kak Idah tidak mahu bercakap panjang..adik-adik semua sudah tentu tahu sejarah Kota Mekah dan juga kisah Nabi Ibrahim dan anaknya, Nabi Ismail.
Musim cuti persekolahan ini apakah yang adik akan lakukan? Banyak perkara berfaedah yang boleh kita lakukan. Antaranya, aktiviti membaca buku yang bermanfaat, menolong ibu bapa seperti bersihkan sekeliling rumah, dan pelbagai lagi yang boleh adik-adik lakukan.
Alhamdulillah, Kak Idah sudah menyiapkan manuskrip Young Aisyah yang ke-6. Kali ini kisah Aisyah Sofia dan geng As-Syik yang menghabiskan masa cuti sekolah mereka dengan melakukan perkara yang berfaedah. Apakah yang mereka lakukan... untuk mengetahui kisah selanjutnya...adik-adik tunggulah kemunculan novel terbaru Young Aisyah di pasaran dalam bulan Disember ini. Kini, tengah tunggu Abang Reja melukis pula....harap-harap Abang Reja ada banyak idea melukis.
Akhir sekali, Kak Idah hendak mengucapkan Salam Aidil Adha dan Maaf Zahir Batin.
No comments:
Post a Comment