Monday, September 19, 2011

Young Aisyah The Series


Assalamualaikum, adik-adik. Apa khabar? Semoga semuanya sihat. Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak melakarkan cerita di teratak Aisyah Sofia. Atas sebab-sebab yang sebenarkan boleh dielakkan tapi Kak Idah tidak sempat hendak mengelak, menyebabkan blog ini tiada cerita apa-apa. Maaflah ya,






Hah, kali ini Kak Idah hendak berkongsi mengenai Young Aisyah The Series yang sudah pun berada di pasaran hanya di Kedai Buku Popular. Bagi adik-adik yang biasa berkunjung ke kedai buku Popular, sudah tentu tidak sukar untuk mencari siri terbaru ini. Hendak kata baru, tidaklah. Novel ini dipakejkan secara eksklusif yang memuatkan empat cerita siri Young Aisyah. Novel ini sudah tentu tebal dan juga yang istimewanya ada tambahan cerita dan juga berwarna.






Bagi adik-adik yang ingin memiliki siri ini, jangan lupa berkunjung hanya ke Kedai Buku Popular sahaja. Kedai buku lain tidak ada jual siri ini.






Itu sahaja laporan cerita Kak Idah kali ini. Sehingga jumpa lagi di lain kali.






Salam sayang,






Kak Idah.

1 comment:

  1. assalammualaikum kak idah.saya nabihah dari pulau pinang.mmng sya mint sngt buku young aishah.sya nk tnya bku ni kluar pda tarikh brpa???????????lps tu,knpa ada kat popular ja bku ni.kt hasani eon big sbrng jya tkdk ka . sbb saya slalu saya pi hsani ja.sorry klau sya tnya bnyak 2

    ReplyDelete