Friday, May 28, 2010

Siri Young Aisyah versi Indonesia sudah terbit

Pindah Rumah Buli
Alhamdulillah, versi Indonesia untuk siri Young Aisyah sudah terbit. Maklumat ini Kak Idah lihat sendiri di laman web Gramedia. Tidak pastilah bila agaknya novel itu diterbitkan. Apa yang penting, Aisyah dan gengnya sudah mula berkenalan dengan pembaca dari seberang.
Semoga, siri itu mendapat sambutan yang baik. Insya-Allah!
Siri Pindah Rumah, kulit depannya bertukar sementara Siri Buli pula ditukar tajuknya kepada Sekolah Baru.

Thursday, April 15, 2010

Projek Diari Aisyah

Assalamualaikum! Apa khabar semua? Moga-moga sihat belaka. Kak Idah alhamdulillah sihat..

Sudah lama tidak menulis coretan di sini...Kak Idah sibuk sedikit sehingga tidak sempat hendak membuka blog sendiri. Kak Idah sedang usahakan mengumpul maklumat dan idea untuk projek terbaru.

Selain sedang menulis untuk siri Young Aisyah yang seterusnya, Kak Idah ada juga sedang mengumpul maklumat untuk projek Diari Aisyah...haaah! Nantikan kemunculan Diari Aisyah di pasaran nanti...Mungkin akan keluar hujung tahun ini. Nanti bolehlah adik-adik jadikan sebagai koleksi peribadi...

Adik-adik kiranya seorang yang bertuah kerana boleh membeli dan mengumpul buku dengan banyak. Masa zaman Kak Idah sekolah rendah dulu..membaca buku hanya di perpustakaan...jangan mimpi untuk membeli dan menyimpan di rumah. Sebabnya, Kak Idah bukannya ada duit. Belanja sekolah pun kadang-kadang ada, dan tiada langsung kerana adik-beradik ramai dan keluarga Kak Idah bukan orang senang.

Jadi, bagi adik-adik yang berduit..gunakanlah dengan cara berfaedah. Bersyukurlah dengan nikmat yang Allah berikan. Jangan membazir. Membeli barang yang berguna seperti buku. Kerana ilmu yang ada di dalam buku itu tidak akan lapuk. Adik boleh menyimpannya sehingga adik dewasa. Malah adik boleh membacanya berkali-kali.

Maaflah kiranya Kak Idah merepek-repek pula..Hehehe, jangan marah!

Bagi adik yang sudah mengumpul siri Young Aisyah Sofia, Kak Idah ucapkan tahniah dan simpanlah novel itu dengan baik.

Bagi adik yang bermasalah hendak membeli novel Young Aisyah bersabar..kumpul duit sedikit demi sedikit...InsyaAllah berkat duit adik nanti. Ikhlas dalam membeli sudah tentu diberkati Allah. Jangan bimbang..novel Young Aisyah akan sentiasa ada di pasaran.

Adik-adik yang sudah ada koleksi buku yang banyak, apa kata kalau boleh buat mini perpustakaan di rumah. Susun dengan baik. Sudah tentu ibu bapa adik bangga dan tidak mustahil mereka akan belikan adik buku lagi!

Kak Idah pun ada mini perpustakaan di rumah...Entah berapa jumlah buku yang Kak Idah ada, pun tidak tahu. Tiada masa hendak mengira jumlahnya..tetapi sudah hampir 15 tahun perpustakaan itu wujud di rumah yang kecil ini.

Kita boleh jadikan buku itu sebagai rujukan masa akan datang apabila kita perlukan.

Baiklah adik-adik sampai di sini coretan Kak Idah. Ada masa kita jumpa lagi di ruang maya ini. Salam manis dari Kak Idah. Sayang semua!

Saturday, March 27, 2010

Kak Idah dan Abang Reja di booth PTS


Assalamualaikum, adik-adik semua! Apa khabar? Sudah lama Kak Idah tidak siarkan cerita baru..Kak Idah ada masalah untuk gunakan internet. Minta maaflah bagi yang menunggu Kak Idah menjawab di ruang sembang.





Sabtu lalu pada 20 Mac, Kak Idah ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di PWTC. Sampai sahaja di PWTC, Kak Idah terus sahaja ke seberang sungai, terletaknya booth PTS. Kak Idah dan Abang Reja dijemput untuk memeriahkan pentas PTS dalam interaksi Siri Young Aisyah bersama peminat...





Sampai sahaja di dewan itu, orang ramai berpusu-pusu ke booth PTS...aduh! Kak Idah pun berjalan-jalan di sekeliling dewan sementara menanti program bermula.. Kak Idah sudah pening melihat orang ramai..tiada apa yang dibeli hanya beli buku dan beg Upin Ipin kegemaran anak Kak Idah..





Program interaktif dengan peminat..Tapi Kak Idah dan Abang Reja..bercakap tentang siri Young Aisyah..dari siri pertama hingga ke enam..siri ke tujuh, iaitu Summer Camp belum keluar lagi..sebaik sahaja habis berceloteh..tidak lama kemudian ramailah adik-adik yang sudah membeli buku siri Young Aisyah meminta Kak Idah dan Abang Reja tandatangani...sayangnya gambar mereka tidak dapat Kak Idah siarkan kerana belum ada kesempatan untuk alihkan gambar ke komputer Kak Idah dari telefon bimbit..hanya gambar ini yang dapat Kak Idah paparkan...itupun ambil dari unikapts..blog Pn. Ainon Mohammad..terima kasih..





Inilah Kak Idah yang biasa-biasa dan Abang Reja yang hensem...

Monday, March 1, 2010

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dan Kuiz Young Aisyah

Assalamualaikum! Apa khabar adik-adik? Kak Idah minta maaflah kerana lama tidak menulis di blog ini. Ada sahaja halangan, tetapi hari ini alhamdulillah Kak Idah dapat melakarkan tulisan.

Tidak lama lagi, adik-adik semua akan bercuti..emm! Cuti lagi. Apa yang adik hendak buat. Meskipun bercuti, buku-buku jangan dilupa. Oh! Bercakap tentang buku...tidak lama lagi akan berlangsung satu pesta buku besar-besaran di Kuala Lumpur. Yang Kak Idah maksudkan adalah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang akan bermula dari 19 Mac hingga 28 Mac.

Kak Idah hendak tanya, siapa di antara adik-adik yang pernah ke pesta buku itu? Bagi yang pernah, sudah tentu tidak melupakan apa yang sudah dibeli. Kali ini, Kak Idah sudah tentu banyak gerai dan penerbit buku..jadi jangan ketinggalan untuk berkunjung ke sana nanti.

Sempena pesta buku, Kak Idah dan Abang Reja telah dijemput oleh penerbit untuk bertemu dengan adik-adik. Temujanji kita pada 20 Mac, jam 12.00 hingga 2.00 petang.

Kuiz Young Aisyah

Ada dua sesi...satu sesi kuiz dan satu lagi sesi beramah mesra. Bagi adik-adik yang hendak sertai kuiz datanglah awal-awal..takut tidak dapat sertai nanti...20 Mac itu hari Sabtu..Kak Idah rasa mesti ramai orang.

Bagi adik-adik yang sudah mengumpul siri Young Aisyah..jangan lupa baca sekali lagi...nanti soalan kuiz berkisar dalam siri itu...Kalau dapat jawab dengan tepat, ada hadiah yang menanti! Jangan lepaskan peluang ini!!!

Monday, February 1, 2010

Siri terbaru Young Aisyah Sofia


Assalamualaikum adik-adik, apa khabar? Moga-moga adik semua sihat belaka di samping membuat kerja sekolah.Sudah lama Kak Idah tidak menulis cerita baru. Sibuk sedikit. Pada adik-adik yang berkunjung di teratak Aisyah Sofia, Kak Idah ucapkan berbanyak terima kasih. Dan pada mereka yang tinggalkan jejak dan menjadi follower blog ini juga Kak Idah ucapkan ribuan terima kasih.


Adik-adik sudah dapatkan Cuti Sekolah siri terbaru Young Aisyah? Bagaimana? Apa pandangan adik terhadap aktiviti yang dilakukan oleh kumpulan Aa-Syik?


Untuk pengetahuan adik..sempena Pesta Buku Antarabangsa yang berlangsung di PWTC pada bukan Mac nanti..bagi adik-adik yang minat dengan Siri Young Aisyah akan bertemu dengan adik di sana dengan tajuk' Summer Camp'..


Kali ini kumpulan Aa-Syik akan mengikuti perkhemahan yang mencabar kerana mereka tidak pernah menyertainya...Apakah terjadi pada Aisyah Sofia..dan Abu pula berasa gementar...kenapa?
Apa pandangan adik-adik dengan gambar kulit novel itu?


Untuk mengetahui cerita lanjut..adik tunjuk kemunculannya nanti!!!


Jemputan ke program Kids On Two


Pegawai Perhubungan PTS, Tuan Roslan Isa menghubungi Kak Idah pada minggu lalu. Kak Idah diminta untuk menghadiri temuduga untuk program itu. Dalam segmen baru mereka iaitu buku@kidson2.


Kak Idah diminta mengulas sedikit tentang Buli. Pengacara program itu yang dikenali dengan nama Adriana..Aduh! Letih juga kerana terpaksa Kak Idah berulang kali bercakap..


Kadang-kadang cakap itu sudah baik tapi diminta ulang kerana salah teknik..rakaman ada gangguan teknikal..Apabila diminta bercakap sekali lagi...Kak Idah cakap perkara lain..tidak sama seperti yang mula-mula...


Bukannya ada skrip..soalan pun saat-saat terakhir diberi semasa Kak Idah hadir ke studio...kalau diberi lebih awal mungkin Kak Idah boleh sediakan skrip ringkas..tidaklah cakap berulang-ulang dalam ayat yang berbeza..


Alhamdulillah..akhirnya dalam setengah jam rakaman habis...rasa lega!! Tapi macam manalah pula bila keluar di televisyen nanti...aduh!! Malu rasanya!! Jangan lupa adik-adik saksikan kemunculan Kak Idah di televisyen..tarikhnya Kak Idah belum tahu..tetapi mungkin dalam bulan dua ini..dengar cerita semasa cuti raya Cina nanti...tunggu!!!
Salam Sayang dari Kak Idah
Jumpa Lagi!!


Tuesday, January 12, 2010

Siri terbaru CUTI SEKOLAH sudah berada di pasaran!!!

Friday, January 8, 2010

Sekolah dan Young Aisyah ke 6


Assalamualaikum, adik-adik semua. Apa khabar? Sudah seminggu adik-adik memulakan persekolahan sesi baru. Bagaimana? Kak Idah harap, semuanya berjalan dengan lancar. Adik-adik hendaklah rajin menuntut ilmu. Bagi yang akan mengambil peperiksaan tahun ini iaitu UPSR tingkatkan usaha belajar dan mengulangkaji. Kalau boleh adik buat jadual waktu. Agar semuanya berjalan lancar.


Young Aisyah Ke 6


Mungkin ada diantara adik-adik yang menunggu kelahiran Young Aisyah sirike 6. Ada yang mencarinya di kedai berdekatan. Untuk pengetahuan adik-adik, siri itu belum lagi berada di pasaran. Novel itu masih berada dalam proses penerbitan. Insya-Allah jika tiada halangan minggu hadapan novel itu baru ada di pasaran. Sabarlah, ya.