Bismillah,
Assalamualaikum,
Siri Young Aisyah yang terbaru, keluar di awal Oktober tahun 2013, sudah masuk cetakan kedua. Boleh didapati di kedai buku yang berhampiran.
Selamat menikmati cerita Sayang Umi. Kak Idah sayang semua!
teratak aisyah sofia
Dunia kanak-kanak yang ceria
Wednesday, January 1, 2014
Mohon Kemaafan
Bismillah.
Assalamualaikum, dan salam sejahtera,
Apa khabar semua? Semoga semua pembaca setia blog ini berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT. Sudah lama, Kak Idah tidak mencatatkan apa-apa dalam blog ini. Dari itu, Kak Idah memohon maaf atas kelalaian, kelemahan, kemalasan yang selama ini melanda diri Kak Idah. Bukan tidak mahu menulis di blog ini, tetapi masa itu cukup cemburu. Kak Idah tidak menang tangan. Banyak perkara yang perlu dilakukan. Namun itu mungkin tidak boleh dijadikan alasan kan?
Baiklah, sekali lagi, Kak Idah memohon maaf. Doakan Kak Idah yang lemah ini agar cergas dan kembali ceria memeriahkan blog ini. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan hambamu ini, amin!
Alhamdulillah, Kak Idah menerima email dari pembaca (mungkin) yang menegur Kak Idah, mengapa tidak meletakkan gambar-gambar novel Young Aisyah. Tersentak sebentar hati ini. Ya Allah, sudah lama aku tidak menjenguk blog ini. Rabbi Yaseer Wala Tuasser, moga Kak Idah diberi kemudahan oleh Allah untuk terus berkarya dan menulis sesuatu yang bermanfaat di blog ini.
Mungkin tulisan ini satu pencetus semangat Kak Idah untuk terus menulis di blog ini dan tidak meninggalkan blog ini menjadi pusara, hehehe...maafkanlah Kak Idah.
Sesungguhnya, memang banyak peristiwa yang berlaku sepanjang tahun 2013 lalu. Siri Young Aisyah, Alhamdulillah mendapat sambutan yang diluar jangkaan Kak Idah. Terima kasih semua pembaca setia siri ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa kamu semua yang memberi sokongan pada siri ini.
Rasanya, ini sahaja catatan kali ini. Insya-Allah akan bersambung dilain titipan. Sabarlah, ya.
Saturday, March 31, 2012
Fesyen Aisyah Sofia
Assalamualaikum dan apa khabar? Minta maaf banyak-banyak.
Sudah lama tidak memeriahkan blog ini dengan cerita-cerita baru. Maaf ya
adik-adik yang setia membaca blog ini. Emm… Kak Idah agak sedikit sibuk sejak
kebelakangan ini. Dan untuk selalu memasukkan cerita di blog ini memang impian
Kak Idah. Kalau boleh setiap hari. Tapi, masalah teknologi juga menghalang
usaha Kak Idah itu, maklumlah internet..adakalanya laju macam petir dan
adakalanya lembab macam siput. Apabila sudah siap menulis, bila hendak disiarkan..tidak
boleh. Akhirnya, Kak Idah pun macam putus semangat. Sabar sajalah…
Pejam celik pejam celik, sudah masuk bulan April. Jadi
seperti biasa, apakah peristiwa yang berlaku pada bulan April? Terutamanya bagi
yang suka membaca buku seperti Kak Idah dan adik-adik? Cuba teka? Cuba teka?
Hah, ya!
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur yang diadakan di PWTC,
Kuala Lumpur. Seronokkan! Bagaikan tidak sabar hendak menanti hari itu.
Adik-adik semua sudah bersedia? Sudah menyiapkan wang untuk membeli buku-buku
yang diminati? Ya, sama-samalah kita meriahkan pesta buku yang hanya datang
setahun sekali secara besar-besaran. Cintai ilmu, cintai buku dan budayakan
hidup dengan banyak membaca buku. Bolehkah adik-adik?
Fesyen Aisyah akan temui adik-adik
Kita hidup mesti berpakaian, betul atau tidak? Hehehe…kali
ini Siri Young Aisyah akan memaparkan fesyen Aisyah. Aisyah Sofia juga suka
berfesyen. Tapi fesyen yang macam mana? Adakah yang blink-blink, yang cantik,
yang glamor atau asalkan baju..hehehe. Nantikan kemunculan Aisyah Sofia yang
bergaya dengan fesyen yang mengikut syariat Islam. Adik tahukah apakah yang
menutup aurat? Bukan menutup urat….nantikan kemunculannya DI PASARAN DALAM
BULAN APRIL INI!
Okaylah, itu sahaja celoteh Kak Idah. Jumpa lagi dilain entri.
Salam sayang,
Kak Idah.
Thursday, November 24, 2011
Kak Idah di Pesta Buku Kedai Buku Popular
Assalamualaikum dan apa khabar adik-adik semua? Kak Idah minta maaflah banyak-banyak kerana sudah lama tidak memaparkan cerita-cerita baru di teratak aisyah sofia ini. Emm..alasan lagi kan? Kak Idah berdoa agar Allah limpahkan rahmat kepada Kak Idah untuk terus menulis di blog ini dan tidak lagi bertangguh-tangguh. Moga diperkenankan, amin.
Baiklah..Kak Idah tidak mahu memperpanjangkan isu yang tidak penting ini, hehehe. Di sini ingin Kak Idah memasuk berita terkini..mengenai aktiviti Kak Idah semasa cuti sekolah ini.

Alhamdulillah, Kak Idah akan memeriahkan Pesta Buku Kedai Buku Popular di beberapa tempat bersama dengan Abang Reja. Ada aktiviti dilakukan dan juga hadiah menanti adik-adik semua. Berikut adalah tempat-tempatnya dan tarikhnya.
1. Tarikh: 26 November 2011 (Sabtu)
Masa : 5.00 - 6.45 petang
Tempat: Danga City Mall, Johor Bahru, Johor.
2. Tarikh: 10 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang
Tempat:Ipoh Parade, Ipoh, Perak.
3. Tarikh: 17 Disember 2011 (Sabtu)
Masa: 2.00 petang
Tempat: City Plaza Alor Setar, Alor Setar, Kedah.
Bagi adik-adik yang tinggal berdekatan dialu-alukan datang beramai-ramai bagi mengisi masa cuti sekolah adik-adik yang panjang.
Jumpa di sana!
Salam mesra,
Kak Idah.
Monday, September 19, 2011
Young Aisyah The Series

Assalamualaikum, adik-adik. Apa khabar? Semoga semuanya sihat. Kak Idah minta maaf kerana sudah lama tidak melakarkan cerita di teratak Aisyah Sofia. Atas sebab-sebab yang sebenarkan boleh dielakkan tapi Kak Idah tidak sempat hendak mengelak, menyebabkan blog ini tiada cerita apa-apa. Maaflah ya,

Hah, kali ini Kak Idah hendak berkongsi mengenai Young Aisyah The Series yang sudah pun berada di pasaran hanya di Kedai Buku Popular. Bagi adik-adik yang biasa berkunjung ke kedai buku Popular, sudah tentu tidak sukar untuk mencari siri terbaru ini. Hendak kata baru, tidaklah. Novel ini dipakejkan secara eksklusif yang memuatkan empat cerita siri Young Aisyah. Novel ini sudah tentu tebal dan juga yang istimewanya ada tambahan cerita dan juga berwarna.
Bagi adik-adik yang ingin memiliki siri ini, jangan lupa berkunjung hanya ke Kedai Buku Popular sahaja. Kedai buku lain tidak ada jual siri ini.
Itu sahaja laporan cerita Kak Idah kali ini. Sehingga jumpa lagi di lain kali.
Salam sayang,
Kak Idah.
Friday, June 10, 2011
Esok Kak Idah dan Abang Reja dijemput ke Mydin Subang Jaya, Selangor

Assalamualaikum, apa khabar adik-adik? Lagi dua hari lagi adik-adik akan bersekolah semula setelah dua minggu bercuti. Kak Idah harap adik-adik seronok bercuti. Yang paling penting, adik-adik berjaya mengisi masa cuti dengan melakukan perkara yang berfaedah.
Esok 11 Jun, Kak Idah dan Abang Reja dijemput untuk memeriahkan pesta buku anjuran Mydin Subang Jaya. Program itu bermula dari jam 2.00 petang. Bagi yang tinggal berdekatan, ajaklah ibu bapa untuk memeriahkan program yang disediakan untuk peminat Siri Young Aisyah. Pelbagai permainan disediakan untuk adik-adik dan ada hadiah menanti!
Jumpa adik-adik di sana, insyaAllah
Salam sayang,
Kak Idah.
Friday, June 3, 2011
"Tabung Raya" sudah terbit!

Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Kak Idah dapat tembusi blog ini. Begitu sukar hendak online blog setelah memcuba beberapa kali. Sekiranya, Kak Idah tidak boleh buka blog ini, kenalah bina blog yang baru.
Adik-adik apa khabar? Selamat bercuti. Apa yang telah adik lakukan sepanjang cuti sekolah ini? Semoga segala aktiviti adik rancang, memberi manfaat kepada diri adik dan juga keluarga.
Siri Young Aisyah yang ke 10 iaitu 'Tabung Raya' sudahpun terbit. Adik-adik boleh mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran.
Semoga adik-adik ceria membacanya!
Salam sayang,
Kak Idah.
Subscribe to:
Posts (Atom)