Friday, June 3, 2011

"Tabung Raya" sudah terbit!






Assalamualaikum, alhamdulillah akhirnya Kak Idah dapat tembusi blog ini. Begitu sukar hendak online blog setelah memcuba beberapa kali. Sekiranya, Kak Idah tidak boleh buka blog ini, kenalah bina blog yang baru.






Adik-adik apa khabar? Selamat bercuti. Apa yang telah adik lakukan sepanjang cuti sekolah ini? Semoga segala aktiviti adik rancang, memberi manfaat kepada diri adik dan juga keluarga.



Siri Young Aisyah yang ke 10 iaitu 'Tabung Raya' sudahpun terbit. Adik-adik boleh mendapatkannya di kedai buku yang berhampiran.




Semoga adik-adik ceria membacanya!




Salam sayang,




Kak Idah.





Monday, May 9, 2011





























































Kenangan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2011










Assalamualaikum, apa khabar semua? Kak Idah harap semuanya sihat-sihat belaka dan semoga Allah merahmati kita semua.


Siapa yang sudah pergi ke pesta buku yang diadakan di PWTC yang lalu, sila angkat tangan! Bagi adik-adik yang pernah pergi ke pesta buku, sudah tentu ada kenangan manis di sana. Berapa banyak buku yang adik-adik beli? Bagi yang membeli novel siri Young Aisyah, jutaan terima kasih Kak Idah ucapkan


Semasa Kak Idah dan Abang Reja di jemput oleh PTS Islamika bagi memeriahkan booths PTS, orang sungguh ramai. Sukar untuk berjalan. Namun yang paling Kak Idah gembira, ramai adik-adik yang datang dengan ibu bapa masing-masing singgah di booth PTS dan tidak lupa membeli novel Young Aisyah.


Pada hari itu juga, siri Young Aisyah yang ke 9, bertajuk,'Catatan Aktiviti Aisyah' dilancarkan. Dan siri itu dijual secara eksklusif pada pesta buku sahaja..kedai buku lain belum ada lagi. Beruntunglah adik-adik yang menjadi pembeli terawal membeli novel itu. Terima kasih dan tahniah.


Ada yang membeli siri terbaru sahaja kerana siri yang lain sudah dimiliki. Ada yang membeli dua buah dan juga ada sehingga lima buah. Alhamdulillah, terima kasih adik-adik dan juga para ibu bapa yang memberi sokongan membeli novel Young Aisyah. Lenguh juga tangan Kak Idah untuk menitip tangantangan di buku..maaflah kalau tulisan Kak Idah sudah seperti cacing kerawit. Maklumlah, selama ini Kak Idah banyak menaip dari menulis...Kak Idah bercadang hendak membuat cop sendiri dan hanya tandatangan sahaja..hehehe..


Bagi adik-adik yang banyak membeli buku..selamat membaca buku!


Sehingga berjumpa lagi,


Salam sayang dari,


Kak Idah.











Tuan Haji Faris Hasbullah, pencetus idea Siri Young Aisyah.
















Thursday, April 21, 2011





Catatan Aktiviti Aisyah bakal berada di pasaran!












Assalamualaikum, apa khabar adik-adik semua! Maaflah kerana sudah lama Kak Idah tidak menulis apa-apa pun di sini. Maklumlah sibuk hendak menyiapkan manuskrip siri Young Aisyah yang seterusnya.


Alhamdulillah, siri ke 9, Young Aisyah akan menemui adik-adik tidak lama lagi. Novel ini lebih kepada catatan yang dilakukan oleh Aisyah Sofia sepanjang aktiviti yang dilakukan sama ada seorang diri ataupun bersama dengan geng Aa-Syiknya. Adik-adik jangan ketinggalan mendapatkannya nanti.






Banyak permainan, maklumat, doa-doa dan sebagainya ada dicatatkan. Rajin-rajinlah adik membacanya kerana banyak maklumat yang berguna ada diselitkan. Lukisan dan cerita bergambar juga sudah tentu menarik perhatian adik. Adik-adik lihatlah sendiri dengan memiliki novel ini nanti.






Bersama Kak Idah dan Abang Reja di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur, di PWTC pada Ahad ini (hari ketiga pesta buku)








Sempena pesta buku nanti, yang bermula 22 April hingga 1 Mei ini..dan pada Ahad (hari ketiga pesta buku), Kak Idah dan Abang Reja akan berada di booth PTS, di Dewan Tun Hussein Onn, dari jam 11 hingga 12 tengahari.


Ada aktiviti dan hadiah menarik kepada adik-adik yang datang lebih awal mendaftar untuk menyertai aktiviti yang akan diadakan. Ada promosi mengenai Novel Ke 9, siri Young Aisyah Sofia. Apa lagi adik-adik, jangan tunggu lama-lama... jumpa Kak Idah dan Abang Reja di PWTC, Kuala Lumpur nanti! InsyaAllah kita jumpa di sana!

Wednesday, January 12, 2011

Operasi 3K sudah berada di kedai-kedai buku. Segera dapatkannya!


Assalamualaikum adik-adik! Apa khabar? Semoga sihat-sihat belaka. Selamat bersekolah kepada adik-adik semua yang sudah memasuki dua minggu bersekolah. Bagaimana, penatkah? Yalah sudah lama adik bercuti panjang, kini kenalah mula membuka buku dan menelaah pelajaran. Rajin-rajinkan diri adik untuk belajar supaya menjadi murid yang bijak, soleh-solehah, beriman dan bertakwa pada Allah, amin!


Adik-adik, novel Kak Idah dalam siri Young Aisyah yang terbaru sudahpun berada di kedai-kedai buku yang berhampiran dengan rumah adik. Alhamdulillah. Cepat-cepatlah dapatkan novel itu di kedai-kedai. Dan luangkan membaca novel OPERASI 3K semasa masa lapang...bukan dalam kelas tau!


Salam sayang dari

Kak Idah.


SELAMAT BELAJAR DAN SELAMAT MEMBACA NOVEL!

Tuesday, December 28, 2010






















Kenangan di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.





Jumaat lalu Kak Idah dan Abang Reja berada di booth PTS untuk memeriahkan pertandingan melukis belon dan teka buku. Meriahnya kerana ramai kawan-kawan lelaki yang mengambil bahagian. Mereka memberikan kerjasama yang baik. Dapat melukis dengan baik hasil bimbingan abang Reja. Dan juga mereka dapat meneka judul novel Young Aisyah dengan tepat. Tahniah kepada kawan-kawan yang mendapat hadiah istimewa dari PTS Islamika.





Dan buat julung-julung kalinya, kemunculan Aisyah Sofia yang comel. Sayang kepada kawan-kawan yang tidak hadir. Riuh sebentar sudut aktiviti di booth PTS. Berikut adalah gambar-gambar yang sempat dirakam.

Monday, December 6, 2010

Kak Idah dan Abang Reja di Pesta Buku Kanak-Kanak Kuala Lumpur, PWTC.

Assalamualaikum adik-adik semua! Apa khabar? Semoga adik-adik berada dalam keadaan sihat walafiat sepanjang percutian sekolah yang panjang ini. Kak Idah doakan semoga adik-adik berada di dalam rahmat dan kasih sayang Allah SWT.

Adik-adik, apa kata adik-adik mengajak ibu ayah untuk menjenguk pameran buku kanak-kanak yang akan diadakan di PWTC Kuala Lumpur. Pesta buku kanak-kanak Kuala Lumpur akan bermula dari 22 Disember hingga 26 Disember 2010.

Kak Idah dan Abang Reja dijemput untuk memeriahkan gerai PTS pada Jumaat (duapuluh empat haribulan) bermula dari jam empat petang hingga enam petang. Ada aktiviti melukis belon oleh Abang Reja dan Kak Idah pula kendalikan meneka buku.

Adik-adik jangan ketinggalan untuk memeriahkan program bersama Kak Idah dan Abang Reja. Ada hadiah yang menarik menunggu adik-adik!

Baiklah, sampai di sini...Kak Idah jumpa adik-adik di PWTC nanti!

Salam sayang untuk semua!
Kulit terbaru Young Aisyah ke 8: Operasi 3K